Wednesday, September 28, 2016

Explore Lembah Harau PayaKumbuh, Bukit Tinggi - Padang 2

Assalamualaikum,

Hi. Senyum sikit. Kalau masam xbest.


          pai ka padang jo kudo padati
              kapulang naiak kareta api
              dulu cinto hilang dari hati
              kini nyo dtang didalam mimpi
             
              Sumber: Kumpulan  Pantun Minang

          Hari2 terindu2 Ranah Minang.

Dah ready ke nak jalan2 dengar cerita kita ni? Ok good. Jom. Bismillahirrahmanirrahim. Semoga pembacaan kalian x jemu. Dan terus eksaited membaca and teringin juga sampai ke Bukit Tinggi Padang untuk berjumpa Pa' Unchu. Eh? Bukan untuk explore padang! Jumpa Pa' Unchu itu bonus. Macam2 cerita & teka teki dia kongsi dkt kami. Asik terkena kami ni. Tenang aja ya.

Dari Bukit Tinggi Ke Payakumbuh/ payakumbuah.

Kelok 9


Kelok 9 terletak di Kabupaten Limapuluh Kota, atau lokasinya lebih tepat di di Jorong Aie Putiah, Nagari Sarilamak, Kecamatan Harau. Ramai yang kata letak nya di payakumbuh (temasuk lah kita!). Nah, Kabupaten Limapuluh Kota Sumatera Barat yg mungkin lebih tepat untuk dikongsi.


Pejalanan lebih kuang 1hour


Kenapa Kelok 9?

Ini jalan/ laluan utama Sumbar - Riau. Kenapa org panggil kelok 9? Korang telek gamba google maps kt bawah ni. Ada 9 kelok atau bahasa kita kita, lengkongan/ lengkok.
Kagum aku tgk Kelok 9 ni. Kasi tunjuk view via google maps dekat korang.

Sumber gambar dai Pakcik Google.
Dekat sini kalaw korang sampai takda trip pelancong lain yg seramai 1 bus tu, korang akan dapat spot yg baek utk photogediks. Akan tetapi kalau jadi macam kami, smpai timing lebih kurang ada trip dgn bus pelancong, betabah lah photo dikejauhan dulu. Klw x gmbr asik kene enterpame je. I iz stress.

Dkt sini akan ada group photografer yg sudi amilkan gambar dan korang boleh print gmbr drpd mereka. Kagum gila  tgk printer dkt motor dorang. Dapat pulak sumber power dr mana atas2 kelok jalan bukit ni? Hah, Pakai battery kereta kau!. Steady, Mmg aku kagum. Haga sekeping gamba Rp10,000 sahaja. Dlm RM3.00++ . Tak rugi lah nk beli,  buat kenangan. Bukan mcm harga gmbr jual kt Malaysia ni bepuluh hengget. Xkoser nk beli. Cuma kita ralat skit  ni masa di Lembah harau, nnt kita story.

Lihatlah, printer mereka belakang motor. Ingat nk buat dkt putrajaya mcm ni. Tp  nnt tentu kene kacau ngn hmm hmmm huu huu. Paham2 la. MALAYSIA

Kami sempat beli photo sorang 1. Yg peliknya aku ngn dak ajie, boleh pilih gambar sama. Itu aja ghope yg semenggah masing2 agaknya.

Sebelum tinggalkn Kelok 9

          Pisang tapijak jadi picak,
          Tapijak dek urang rantau
          Libur panjang mancari tampek rancak
          Marilah pai ka lembah harau.

          Sumber Kumpulan Pantun Minang


-





-






- Otw ke lembah harau mcm biasa kami ni dihidang permandangan hijo. Sawah padi botingkek2, gunang ganang. Subhanallah. Mmg cantik. Kami naik avanza, xpasang aircond. Kami bukak tingkap ja. Layan view. Kejap sepi masing2 menikmati. Kejap Pa' Unchu kongsi cerita, kejap lg ada teka teki. Yang terkena, kami! Dalam fokus2 mendengar, den tokono juo! Hahaha


Di sekitar Lembah Harau ni ada 7 air terjun. Ada kisah lagenda rupanya disebalik

Nampak tak masing2? Nasib Full trip kami NO INTERNET. Hanya bila di hotel sahaja. Klw x 1001 gambar terus ke FB! 

 Dindiang dindiang batu cadas di Lembah Harau.

Teruskan sikit lagi perjalanan xjauh sgt. Untuk lihat aie terjun! Nasib semalam  tu hujan. Jadiknya air terjun nya ada. Kalau tidak, ada beberapa lokasi air terjun kat sini, xde air.
1. Aia Tajun Aka Barayun!

Oh klw trip korang dtg sekitar lembah harau  ni, korang standby la bawak sepersalinan. Lagi heaven kalau korang stay dekat  sini  1 malam! Best weh. Ada banyak pitstop aia terjun Kami ni siap menjejak sampai kedalam hutan!


Luruihlah jalan payakumbuah, babelok jalan kayu jati, dima hati ndak karusuah ayam den lapeh, oi oi... Ayam den lapeh..



Kalau dah singgah di payakumbuh kabupaten lima puluh koto, Lembah Harau jangan lupa singgah di AbdiHomestay juga. Siapa pencinta alam, sini tempat korang.  Seriously klw trip explore padang, ambillah 1 malam stay dekat area sini. Klw bukan di Abdi Homestay, sekitar sini pon ok. Korang akan rasa Back To Nature! Best!!!

Belakang kami homestay. Yg belakang lagi tu aie terjun! Fuhh.
Kalau malam2 tu, dgr sipi2 bunyik nya. Subhanallah, Nikmat.


Masuk dalam hutan  tu  kami punya adhoc plan! Kami  upah tourguide, bayar RP100,000 seorang (30hengget duit malaysia).  Tour satu lembah harau, Masuk hutan keluar hutan. Jejak aie terjun and beberapa pitstop menarik sekitar lembah harau ni. Kira setengah hari mmg kami habiskan masa dkt sekitar sini. Ronda naik becak moto bersama brader Ricky & Sepupunya sorang. Masing2 pon ramah. Jadiknya lagi menarik la.



Lepak jap sementara Brader Ricky siapkan becak motor.






Biarlah gambar semuanya yg berbicara. Oh klw korang ade chance ronda sekitar Lembah Harau ni, masa di Pitstop Lembah Echo. Korang try la kepaduan suara korang. Kita ni dh balik nyesal pulak x mencuba.


Kami ronda sekitar Lembah Harau ni seronok tengok orang2 kampung ni. Mmg lah ramah n mesra saja gayanya. Pin sana. Pon sini. Pin pon pin pon. Kita ni pulak suka betul tgk rumah kampung. Lawa je. Teringin nk masok umah org tgk. Tp apakan daya, hanya melihat dikejauhan jela.

K. Ajie naik moto. Saya n Wid naik  Becak Moto. Wid duduk di bangku bersila. Aku duduk di bangku biasa la. Hahaha (Evil Laugh)


Kami bikin lite2 punya hike session. Masa nk masuk hutan sikit punya lama. Kami jejak aia tajun dalm hutan, Masa masuk hutan mcm jauh nyaaa. Pancit jugak. Masa balik,aik dh smpai. Hahaha


Brader Ricky.


Bila nampak aia terjun ni depan mata, Ya Allah. Nyaman sgt rasa. Ada beberapa penduduk tempatan kat sini masa ni. Selamba je depa redah di balik air terjun tu. Kita pulak yg cuak tgk.





Rugi rasa x dpt nk berendam! hahaha. Lepak rehat dekat sini kejap. Dpt lah segarkan muka bagai. Yg pasti bergambar semua siap.
Tgklah yg seorang tu. Dkt aia terjun yg ni 1001 keping gmbr dia amik! :P

Ok kenalkan, kiri Ricky yg sebelahnya ku lupa nama. Merekalah take over tmpt Pa' Unchu kejap dkt area sini.

Selepas kami keluar dr hutan tu, hujan dah rintik2. Ingat mcm selamat la nk redah, X selamat kau. Sangkut. Nasib dkt2 situ ada wakaf. Kami berteduh kat situ. Tour guide kami tu sempat solat kt situ trs. Lama jugak tersadai. Hujan lebat. Nk redah bahaya sbb jalan x berapa molek. Thrill jugak la naik becak motor lepas hujan dgn lopak air sana sini. Salute kita dkt mereka yg memandu ni.

Singgah disini selepas hujan. Opposite rumah gadang ni, ada danau buatan (sungai xdalam pun) untuk main sampan. Tak pasti apa nama lokasi ni. Disebut tempat bermain sampan je.

Sedang kita menaip entry ni, siap ambil feel, dgr siaran radio payakumbuh.
Safasindo. Kau rasa?


Bila dikenng masa dkt sini ada juga photografer style mcm di Kelok 9. Ntah kenapalah masa ni diri ini, boleh tak membeli phoyo yg photog snapkan. Padahal lawa kot! Korang jgn jd mcm kami tau. InsyaAllah x rugi kalau beli Rp10,000 shj. Sungguh nyesal dilla x beli terkenang smpai harini >_<

Mgkin masa ni sebok duk gelakkn sekumpulan remaja yg kebasahan dek sampan karam di danau buatan opposite rumah gadang ni. Nasib la x dlm mana. Langsung buat x heran dkt photog. Aduuuh.





Habis ketawakan org (nakal betul) kami beransur untuk pergi terus menjejak lagi aia terjun yg ada disekitar lembah harau. Untuk kami di lembah harau ini saja, kami jejak 7 lokasi aia terjun yg berlainan. Asalnya ingat 2 3. Rupanya ada banyak pitstop, and beberapa tempat boleh picnic n mandi manda!



Sampai dkt sini kami dh lupa ni aia terjun yg keberapa. Cuma mampu terkesima je. Indah ciptaan Tuhan.
Sekitar aia terjun sini, ada flying fox.



Kami menjejak kejap ngn becak moto lepastu, kene menapak lagi kedalam skit. Mcm tu lah.. Sampai kami menjumpai aia terjun yg ke7! Klw nasib baik siap bole nampak pelangi oi. Cantik. Nampak sipi2 ja.

Aia terjun yg ke 7!

Dkt lembah harau ni kami habiskan masa ada setengah hari jugak. Sbb kami sampai dlm jam 11AM or 12PM mcm tu. Alhamdulillah setengah hari yg sangat2 berbaloi. Lagi berbaloi klw korang bermalam dkt sini. Kami duk merisau je Pa' Unchu menunggu dkt AbdiHomestay. Almaklumlah. Lama kau. Selesai di Lembah Harau, kami dah lapau benau.


Sehingga kita bertemu lagi & menginap di Abdi Homestay.
-




-




-

Dari Lembah Harau singgah ke sini.


View belakang tu sebenarnya Sawah Padi tau. Nyaman disini.


Kami singgah ke Pongek OR Situjuah untuk Lunch. Kira mcm latelunch kami lah ni. Specialnya disini Gulai Kambiang (Kambing) Alah alah kesedapan! Alhamdulillah 2 hari dkt Padang ni, semua bende sedap blm jumpa yg x sedap. Katanya Pa' Unchu "semuanya harus sedap ya buk dilla, klw xsedap tu FREE" Ahaha Sesungguhnya, Alhamdulillah. Mmg sedap. Gulai Kambiang yg kami cuba sikit pun xdak bau hamis. Mmg sedap kami menjamu selera. Kene plak mmg perut betul2 kosong. Xhirau orang kiri kanan. Oh lagi satu daging dendeng dia, ummphhh sedap. Tidak dilupa sambal hijau lada muda. Pelengkap hidangan.


Di Pongek OR Situjuah ni disekelilingnya tu, sawah padi. Untung org kedai ni, nasi xkan pernah putus. Bwh kedai pulak kolam ikan. View menarik kat sini. Tambah berselera makan.




Utk makluman korang jugak trip kami ni, bukan pakej ya. Sbb tu waktu makan kami ni tunggang langgang ikut perut masing2. Kami gunakan khidmat Pa' Unchu merangkap tour guide n pemandu kami dkt sini. Nak contact number Pa' unchu boleh PM tepi. Nnt di part akhir dilla akn share kan info lengkap utk contact Pa' Unchu ya. Tenang aja.

Total Lunch merangkap dinner kami semuanya Rp135,000 sahaja. Alhamdulillah.


-


-





-

Kemudian dari Pongek OR Situjuah kami kembali ke Bukit Tinggi, 1 jam ++ jugak lah perjalanan. Harini sampai di hotel hari dh nak gelap. Berehat2 kejap kat bilik. Almaklumlah dh kenyang. Siap masing2 mandi solat bagai. Wpun kenyang2 je lagi, tapi sebab takut lewat malam lapor lagi, kami standby jugak la merayap sekeliling hotel mencari menu2 yang boleh ditapau. Jalan kaki je.



Mula sekali kami tuju ke stall Tahu Sumedang yg best tu sekali beli tahu brontox. Wid & ajie tapau jugak juice. Ajie dh terkenan jus alpokat dkt sini. Jus kat sini Rp7000. Lepastu Pa' Unchu suggest try Murtabak Bandung. Pesennya mcm Apam Balik. Tp filling dia, pergh boleh nangis! Mcm2 flavor.


Di stall Tahu Sumedang! Rindunya Tahu Sumedang.


Tahu Brontax. Rp1000 satu.

Masa ni kami tunggu Mie Surabaya. Pun sedap jugak. Portion banyak. Lupa pula harganya.

Muka Ajie tu, nampak super excited dia tgk cheese tu. Nangisss...
Nyaris kami x jumpa Murtabak Bandung ni. Sbb menurut Pa' Unchu mcm opposite hotel je. Mula2 ingatkan kedai makan depan hotel tu. Rupanya bukan. Hahah. Kami pun santai2 lah terus berjalan kedepan dan kedepan lagi. Sebelum kami nk surrender patah balik, nasib ternampak kedai ni. Ada Murtabak Mesir (Kami try masa di Padang) & Murtabak Bandung skali. Dapatlah kami mencuba. Enaaaak sekali. Xsia2 menapak jauh sikit. Sila enjoy video di bawah





Mcm tulah kami akhiri Day 2 kami di Padang. Mlm pun JJCM lagi di tempat org. Alhamdulillah 2 hari ditempat org baik baik saja. View cantik, perjalanan dipermudahkan, makan pun semua sedap2. Nasib lah gang berdua yg di bawak ni jenis makan tolak batu kayu saja. Wpun kata kenyang, tapi tetap makan jugak sbb makanan di Padang tu semuanya sedap sedap.

Nescaya balik Msia 4KG berat dibawak dr Medan! Tak gitu Pa' Unchu? Hahaha.


Part 1: Klik Sini. DillaTravelogue Ranah Minang, Bukit Tinggi - Padang 1.
Part 2: Klik Sini. Explore Lembah Harau PayaKumbuh, Bukit Tinggi - Padang 2
Part 3: Klik Sini. (Sedang dikemaskini)

No comments: